KOTA BHARU: Seorang konsultan perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memuat naik iklan palsu di Facebook yang kononnya sebuah kedai emas akan dirasmikan oleh Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra.
Tertuduh, Khairul Khizaini Zamsani, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 16 Okt tahun lepas pada jam 6.55 petang di sebuah premis di Kampung Pasir Kota, mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad mencadangkan jaminan RM10,000 manakala tertuduh yang diwakili peguam Mohd Taufikrullah Rusli memohon jaminan dikurangkan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dikehendaki melaporkan diri di Balai Polis Gong Badak, Terengganu setiap bulan dan menetapkan 14 Feb untuk sebutan semula kes.
Pada Oktober tahun lepas, media melaporkan seorang pengurus dan pekerja kedai emas, Aznizan dan Nor Asri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan gambar Tengku Muhammad Fakhry Petra tanpa kebenaran untuk mengiklankan perasmian premis mereka di Facebook.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024
Tertuduh (dua dari kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu untuk pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Konsultan didakwa muat naik iklan palsu guna gambar Tengku Bendahara Kelantan
Lelaki didakwa memuat naik iklan palsu di Facebook yang kononnya sebuah kedai emas akan dirasmikan Tengku Bendahara Kelantan.